Ramai yang keliru antara funder dan investor kerana kedua-duanya memberi modal. Namun, terdapat beberapa perbezaan dari segi tujuan, peranan, risiko, dan institusi yang terlibat.

1. Ciri-Ciri Funder

  • Memberi pembiayaan dalam bentuk pinjaman atau pembiayaan berstruktur.

  • Mengharapkan bayaran balik mengikut tempoh & kadar yang dipersetujui.

  • Lebih fokus kepada keselamatan modal berbanding keuntungan besar.

  • Biasanya mempunyai syarat kelayakan seperti cagaran, rekod kewangan, atau kontrak projek.

Contoh Institusi Funder:

  • Bank komersial
  • Institusi kewangan berlesen (P2P, koperasi kredit)
  • Syarikat pembiayaan projek

2. Ciri-Ciri Investor

  • Melabur modal untuk mendapat pulangan pelaburan (ROI).
  • Pulangan boleh datang dari keuntungan syarikat atau kenaikan nilai aset.
  • Bersedia mengambil risiko lebih tinggi untuk potensi keuntungan yang lebih besar.
  • Tidak semestinya minta cagaran — tetapi perlukan potensi pertumbuhan yang kukuh.

Contoh Investor:

  • Venture capital (VC)

  • Private equity (PE)

  • Angel investor

3. Peranan

  • Funder: Membantu aliran tunai & modal kerja jangka pendek atau jangka sederhana.

  • Investor: Menyokong perkembangan syarikat dalam jangka panjang.

4. Risiko

  • Funder: Risiko utama ialah kegagalan bayaran balik.

  • Investor: Risiko utama ialah modal hilang jika syarikat gagal.

Kesimpulan:

Funder dan investor sama-sama penting dalam ekosistem perniagaan. DanaPlus berperanan menghubungkan projek berkualiti dengan funder yang sesuai,  terutamanya bagi projek kerajaan atau projek yang sudah mempunyai paymaster.